
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dijangkiti Covid-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu di Kelantan iaitu Kluster Padang Enggang di Kota Bharu.
Berdasarkan status terkini kluster Covid-19 dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, kes indeks bagi kluster tersebut merupakan kes nombor 1,509,974 berusia 11 tahun yang dikesan positif hasil saringan bergejala pada 20 Ogos.
Setakat semalam daripada 19 saringan yang telah dilaksanakan, seramai 13 individu disahkan positif Covid-19.
Semalam Kelantan melaporkan 12 kluster baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negeri itu ketika ini meningkat kepada 297.
Daripada 12 kluster baharu itu, tujuh adalah kluster komuniti dan selebihnya kluster berkaitan tempat kerja.
Sebanyak 1,308 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Kelantan semalam serta tujuh lagi kematian dilaporkan. – Malaysiapost
