EMPAT gajah berjaya ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan bermula 5 sehingga 12 Ogos lalu di Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, Pahang.
Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Pahang telah menangkap tiga gajah betina dan seekor anak gajah jantan dalam operasi tersebut.
Katanya, operasi tangkapan itu melegakan kerisauan penduduk di sekitar lokasi tangkapan gajah terbabit.
“Pemeriksaan awal ke atas semua gajah mendapati mereka berada dalam keadaan sihat dan stabil.
“Pemantauan ke atas semua gajah terbabit turut dilakukan sehingga operasi pemindahan selesai,” katanya. – Malaysiapost

