Tiga pelajar ditahan kes belasah rakan

0
2

Fitri Nizam

TIGA pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan ditahan selepas dikenalpasti terbabit dalam video pergaduhan di asrama lelaki sekolah berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat mangsa berkaitan kes berkenaan.

“Berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang selepas mangsa dikatakan cuba mempermainkan mereka dengan gurauan hendak belanja KFC.

“Polis telah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu yang terbabit. Ketiga-tiga suspek dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Satu video berdurasi 26 saat tular di media sosial dengan memaparkan dua lelaki dipercayai pelajar menumbuk dan menendang seorang lagi individu di sebuah asrama. – Malaysiapost