
SEBANYAK 295 lagi kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini mencecah 16,382.
Melalui data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, berkata jumlah kes sembuh baharu ialah 21,257 kes menjadikan kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 1,443,262.
Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 hari ini menurun sedikit iaitu 19,268 kes berbanding 20,572 semalam, yang membabitkan 19,252 kes tempatan dan 16 kes import.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 265,713 dan 1,725,357 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,033 kes dengan 476 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost – Malaysiapost
