Pesakit Covid-19 di ICU hospital Lembah Klang menurun – Dr Noor Hisham

0
2
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital-hospital Lembah Klang menunjukkan trend penurunan.

Beliau berkata, penurunan itu adalah selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos lengkap khususnya di Lembah klang.

“Alhamdulillah, kadar vaksinasi Covid-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukkan tanda-tanda awal yang positif.

“Terkini, kemasukan pesakit Covid-19 ke ICU di hospital-hospital Lembah Klang menunjukkan trend penurunan selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata, di Hospital Sungai Buloh khususnya, kemasukan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 semakin berkurangan.

“Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang yang layak, menerima dos vaksinasi lengkap.

“Ia bagi mengurangkan risiko keterukan penyakit yang serius dan kemasukan ke hospital, mengurangkan risiko kemasukan ke ICU dan mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, pengambilan dos lengkap vaksin Covid-19, serta mengikuti segala langkah pencegahan yang disyorkan adalah ikhtiar dan usaha untuk mencegah penularan virus.

“Pengambilan dos lengkap vaksin Covid-19, memakai pelitup muka (sebaik-baiknya double face mask & face shield).

“Menjaga penjarakan fizikal dengan mengelakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) dan kerap mencuci tangan adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah dan membendung penularan jangkitan virus Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here