Positif Covid-19: Mohamad Alamin tidak hadir angkat sumpah

0
2

AHLI Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan itu pada petang Isnin.

Beliau yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dalam pentabiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakobs kini sedang dirawat di Kuala Lumpur.

Mohamad berkata, kesihatan dirinya stabil serta dalam keadaan yang baik.

“Minta semua doakanlah ya kesembuhan saya, insya-Allah,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian yang memetik Bernama.

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 2.30 petang ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan kabinet baharunya merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here