PM berpendapat Lembah Klang sudah boleh beralih fasa

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ismail Sabri berkata, peralihan itu susulan kadar vaksinasi cemerlang di Lembah Klang yang sudah mencapai 80 peratus.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%!

“Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya,” katanya dalam hantaran Facebook.

Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diputusakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 akan datang.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti.

“InsyaAllah. Sekali lagi saya menzahirkan rasa bangga kepada semua yang terlibat dalam pencapaian yang membanggakan ini,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri berkata, Kerajaan akan melihat secara terperinci peralihan fasa PPN di Lembah Klang ekoran kadar suntikan lengkap vaksinasi atau dua dos sudah mencapai kadar 89.5 peratus.

“Kalau jumlah 89.5 peratus mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya sebab dari segi kadar vaksin telah melebihi keperluan imuniti kelompok iaitu hampir 90 peratus,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here