PKPD: 7 lokaliti di Sabah, Pahang

0
2

SEBANYAK tujuh lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Ogos hingga 12 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Menurutnya, oleh yang demikian kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan.

“Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah empat lokaliti di Putatan, Sabah iaitu Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan PPR Taman Sri Serigal.

“Tiga lagi lokaliti adalah di Mukim Hulu Cheka, Jerantut, Pahang iaitu di Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Kampung Tuhau, Matunggong di Kudat, Sabah yang sepatutnya tamat PKPD esok, dilanjutkan lagi dari 30 Ogos hingga 12 September ini selepas melihat trend peningkatan jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here