Gelar penerima vaksin lembu, PU Syed gesa polis ‘ziarah’ Suhaimi

0
5
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1629962873216","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PENCETUS Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak menggesa Polis untuk ‘menziarahi’ penyanyi Suhaimi Saad yang menggelar individu yang menerima vaksin sebagai ‘lembu’.

Menerusi laman Instagram, pendakwah bebas yang lebih mesra dikenali sebagai PU Syed telah memuat naik tangkap layar sebuah artikel mengenai Suhaimi  yang menyokong tindakan guru-guru di Johor menolak vaksin Covid-19 baru-baru ini. 

“Jangan dilembukan orang yang menerima vaksin,” katanya.  

Malah, pendakwah itu kesal suami kepada Ina Naim itu sudah terlalu jauh hanyut dari realiti kehidupan sebenar manusia ketika ini. 

“Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni..jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan.. Jika taknak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin.. hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu.” tulis PU Syed. 

Sebelum ini, media melaporkan Suhaimi menerima kecaman ramai kerana dia berbangga dengan tindakab  779 guru di Johor yang menolak vaksin.

“Aku respek 779 cikgu Johor tu. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang. Cikgu bukan orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu,” kata bekas penyanyi nasyid In-Team itu. 

Sementara itu, tindakan 779 guru menolak vaksin telah menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Baginda dilaporkan akan menerima menghadap kumpulan guru yang menolak vaksin itu pada Jumaat ini.

“Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here