PM selesai menghadap Agong

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz kira-kira jam 1.38 petang tadi.

Beliau sempat melambai tangan kepada petugas media yang berada di luar pekarangan Istana Abdulaziz.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam10.53 pagi, sebelum diikuti Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pukul 11.30 pagi.

Pertemuan antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berlangsung lebih kurang tiga jam.

Difahamkan, majlis menghadap Al-Sultan Abdullah ini adalah bagi menyampaikan senarai cadangan barisan kabinet baharu kerajaan Persekutuan selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung itu.

Isnin lalu, Ismail Sabri dilaporkan mengesahkan bahawa senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, senarai berkenaan terlebih dahulu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here