Lelaki kelar, tikam bapa direman seminggu

0
2
grafik

SEORANG lelaki pesakit mental yang dilaporkan mengelar dan menikam bapanya di rumah mereka di Bachok, Kelantan semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Selasa depan terhadap lelaki berusia 28 tahun itu, dikeluarkan oleh Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor di Mahkamah Majistret Bachok.

Tindakan reman tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah sambil diiringi polis pada jam 9.10 pagi tadi kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke bilik saksi.

Semalam, media melaporkan seorang pesakit mental mengamuk sebelum bertindak mengelar bapa sendiri selepas berang mendengar tangisan anak saudaranya di rumah mereka.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Azmail Mohd Salmon, 66, cedera pada bahagian leher, kepala, telinga, tapak tangan dan lengan selepas anak lelakinya mengelarnya dengan pisau pemotong sayur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here