Polis edar fotofit kes samun kedai emas

0
2

POLIS menyebarkan lakaran suspek kes samun bersenjata membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana 8, Kepong pada Ahad lalu, dalam usaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, empat lelaki bersenjatakan tukul dan kapak merompak kedai emas berkenaan.

“Penjenayah dipercayai empat lelaki berjaya melarikan barang kemas bernilai anggaran RM50,000.

“Beberapa imej penjenayah yang dirakam di tempat kejadian serta fotofit penjenayah yang dipadankan berdasarkan keterangan saksi diedarkan bagi memohon kerjasama orang ramai.

Gambar suspek kes samun bersenjata membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana 8, Kepong pada Ahad lalu

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai butiran peribadi penjenayah boleh hubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Azrizal Khairul di talian 019-2769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, empat penjenayah terbabit ketika kejadian menggunakan dua motosikal jenis Yamaha Y150ZR warna hitm dan turquoise/hitam, namun kedua-duanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Gambar suspek kes samun bersenjata membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana 8, Kepong pada Ahad lalu

“Kes ini dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here