Semoga Negaraku berkumandang, Jalur Gemilang berkibar sebanyak mungkin di Tokyo – PM

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar sebanyak mungkin pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang bermula secara rasmi hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau percaya dengan semangat tinggi serta latihan dijalankan selama ini, tiada sebab barisan atlet luar biasa negara ini tidak boleh berjaya pada temasya sukan tersebut.

“Harapan negara kepada anda semua. Di Rio 2016 kita berjaya raih tiga emas dan satu gangsa, maknanya tiga kali lagu Negaraku dimainkan.

“Kalau boleh saya nak banyak kali bendera Malaysia dikibarkan dan lagu Negaraku berkumandang di Tokyo,” katanya dalam Majlis Pengukuhan Semangat Atlet Paralimpik Malaysia secara maya hari ini, lapor Bernama.

Sukan Paralimpik 2020 yang dijadual berlangsung hingga 5 September menyaksikan seramai 22 atlet negara akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan membabitkan 32 acara keseluruhan.

Dalam temasya kali ini, Malaysia menetapkan sasaran tiga pingat emas iaitu menyamai pencapaian temasya lima tahun lalu di Rio. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here