Siasatan kes Ebit: Polis ambil keterangan mangsa

0
3
Ebit Lew

POLIS sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan enggan mendedahkan siapa mangsa dan berapa ramai saksi yang sudah tampil membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dengan polis masih menunggu saksi-saksi lain tampil membantu siasatan.

“Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai ada maklumat boleh tampil,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit, 37, dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.

Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan berkata dakwaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here