Jangan ke sekolah jika guru tak lengkap vaksin

0
2
Persekolahan dibuka semula hari ini selepas ditutup pada 9 November 2020 menyaksikan murid pra sekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Menariknya seorang cikgu memakai maskot kucing bagi menghiburkan murid-murid yang hadir hari ini.

GURU yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.

Perkara ini telah dicadangkan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yang disifatkan wajar bagi memastikan tiada kluster sekolah muncul sebaik sesi pembelajaran bermula pada 3 Oktober depan.

Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, pihakya kecewa kerana masih ada guru yang menolak vaksin yang boleh mengundang tanggapan negatif masyarakat.

“Kami terkilan dengan tindakan 779 guru di Johor yang menolak vaksin. Ini memberi persepsi dan kesan kurang menyenangkan bagi seluruh warga Malaysia,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Ahad lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang mendedahkan kira-kira 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu dalam perkara itu agar golongan guru terlibat yakin menerima vaksin kelak.

“Kerajaan negeri akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya, apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober ini,” katanya.

Perkara itu telah menarik perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dijadual akan membuat pertemuan dengan guru yang menolak vaksin serta Pengarah Pendidikan Johor pada Jumaat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here