Pejuang sasar tanding 120 kerusi Parlimen

0
2

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan untuk bertanding sehingga 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan Pengerusinya, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad sambil menyatakan sebagai parti Melayu, Pejuang akan meletakkan semua calon Melayu pada kerusi yang bakal ditandinginya.

“Kita mahu bertanding banyak kerusi, mungkin sampai 120 kerusi (Parlimen),” katanya dalam temubual bersama portal The Malaysian Insight.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu tidak menyatakan secara terperinci mengenai kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh Pejuang.

“Kita harap orang bukan Melayu pun akan sokong (Pejuang). Dulu pun dalam Umno, saya dapat banyak sokongan daripada orang Cina dan India.

“Jika kita jadi kerajaan yang baik, orang akan sokong,” katanya lagi.

Dr Mahathir turut menegaskan pemimpin Pejuang tidak mempunyai sejarah terlibat dalam rasuah yang mana sebahagian besar ahlinya adalah wajah baru, muda dan tidak mempunyai rekod prestasi buruk.

PRU15 akan menyaksikan Pejuang tampil kali pertama sebagai sebuah parti politik dengan diketuai Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada PRU14, Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu bertanding atas tiket PKR susulan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here