Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat?

0
2

AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan telah melepaskan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Perkembangan itu dilaporkan The Star yang memetik sumber hari ini, ketika terdapat khabar angin Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu akan dilantik dalam Kabinet kerajaan baharu.

“Azalina telah mengundurkan diri sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” kata sumber itu namun tidak dinyatakan sama ada peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta atau sebaliknya.

Azalina adalah wanita pertama yang diangkat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejurus mengambil alih pentadbiran negara daripada Pakatan Harapan (PH), Mac tahun lalu.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Azalina dilaporkan antara Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan mengumumkan barisan Kabinet minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here