UJIAN saringan besar-besaran dan sekatan pergerakan (lockdown) bersasar di China berjaya merekodkan sifar kes jangkitan tempatan Covid-19 hari ini.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan jangkitan tempatan adalah sifar, selepas tempoh lima minggu.
Pihak berkuasa China dilihat berjaya mengekang virus itu yang kembali menular di negara itu dengan varian Delta, Julai lalu.
Penularan terbaharu, bermula pada pertengahan Julai apabila pekerja pembersihan di lapangan terbang di Nanjing disahkan positif, adalah paling serius sejak virus itu dikesan di Wuhan, tahun lalu telah menyebabkan ribuan orang dijangkiti di puluhan bandar.
Susulan itu, kerajaan China menguatkuasakan lockdown, larangan perjalanan dan ujian besar-besaran di kawasan kejiranan sebagai strategi sifar kes. – Malaysiapost

