Hamzah nafi Bersatu, PN keluar kenyataan usulkan Azmin sebagai TPM

0
2

BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) menafikan mengeluarkan kenyataan telah membuat ketetapan mengusulkan supaya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Penafian itu dimuatnaik menerusi poster tertera tulisan PALSU di Facebook Setiausaha Agung Bersatu yang juga Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

Kenyataan palsu itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Antara lain, kenyataan itu mendakwa Bersatu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan membuat ketetapan mengusulkan Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan parti itu dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan sama turut tersebar dengan menggunakan logo PN yang turut disahkan palsu oleh Hamzah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here