Pembentukan Kabinet: ‘Ini ujian kewibawaan PM ke-9’ – Salahuddin

0
2

UJIAN pertama bagi Datuk Seri Ismail Sabri menggalas jawatan Perdana Menteri Malaysia yang baharu adalah memilih barisan Kabinet pimpinanya.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dalam ciapan di Twitter berkata, ketika ini persoalan timbul adakah kluster mahkamah dan individu yang dikatakan menderhaka titah Yang di-Pertuan Agong akan dipilih sebagai Menteri.

“Adakah kluster mahkamah dan mereka yang jelas menderhaka kepada titah YDPA akan dicadangkan sebagai menteri kabinet? Inilah ujian pertama kewibawaan PM ke-9. Rakyat memerhati dan menunggu,” katanya dalam ciapan itu hari ini.

Persoalan berkenaan barisan Kabinet di bawah pimpinan Ismail Sabri menjadi perbualan hangat selepas Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan jawatan Perdana Menteri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini, Ismail Sabri dilaporkan akan menyampaikan perutusan pertamanya kepada rakyat Malaysia pada jam 5.30 petang ini.

Ia adalah perutusan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 semalam.

Ucapan Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung di televisyen melalui media rasmi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here