Malaysia harap hubungan dengan Indonesia diperkukuh – PM

0
2

MALAYSIA berharap hubungan dua hala dengan Indonesia dapat diperkukuhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi ciapan di Twitternya, Ahli Parlimen Bera yang baru mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-9 semalam, turut menzahirkan kesediaan bekerjasama dengan Presiden Indonesia Joko Widodo.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Presiden Republik Indonesia, Presiden Joko Widodo @jokowi

“Malaysia berharap hubungan dua hala antara negara diberkati  serta terus diperkukuhkan dan saya juga berharap dapat bekerjasama dengan anda Pak Presiden dalam masa terdekat,” tulisnya.

Ciapan itu bagi membalas ucapan tahniah Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi kepada Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri semalam.

Terdahulu, Jokowi menzahirkan ucapan tahniah itu menerusi akaun Twitternya, @jokowi.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Ismail Sabri Yaakob@IsmailSabri60 atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia,” ciapnya.

Semalam, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri ke-9 di Istana Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here