Varian Delta boleh tumbuh dalam hidung individu divaksinasi

0
2
grafik

KAJIAN baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) iaitu varian dominan, Delta didapati boleh tumbuh dalam hidung individu yang sudah mendapatkan vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung indvidu terbabit sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Dr Noor Hisham sebelum itu dilaporkan berkata, varian Delta boleh merebak dalam masa 15 saat dan jangkitan melalui udara.

Katanya, jika dilihat kebolehjangkitan varian Delta lebih tinggi berbanding varian biasa iaitu lima hingga lapan peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here