22,262 kes Covid-19 hari ini

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KES harian Covid-19 masih melepasi angka 20,000 dengan 22,262 jangkitan baharu dicatatkan hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini sebanyak 1,535,286 kes.

Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi iaitu 7,011 diikuti Sabah sebanyak 2,651 kes, Kedah (1,880), Sarawak (1,964), Pulau Pinang (1,459), Johor (1,558) dan Kuala Lumpur (1,220).

Sementara, Kelantan mencatatkan 1,039 kes, Perak (946), Melaka (882) dan Pahang (664).

Manakala, jangkitan di Terengganu sebanyak 495, Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38), Labuan (9).

Malaysia setakat ini merekodkan jangkitan tertinggi Covid-19 semalam apabila melaporkan 23,564 kes baharu.

Angka tertinggi itu sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan telah pun melepasi 1.5 juta kes sejak wabak tersebut melanda negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here