‘Sultan Melaka’ meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1629522528448","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

Nurul Huda Abhar

AHLI perniagaan yang pernah mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Perkongsian grafik ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham tular di media sosial, sejak tengah hari tadi.

Menerusi komen pengguna Facebook bernama Hazana Rose Ahmad di halaman ‘Sultan Melaka Fans’, mengesahkan berita pemergian Raja Noor Jan.

“Assalamualaikum… Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi….

“Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat… Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulisnya.

Turut dinyatakan dibawah komen tersebut tanda pagar yang membawa maksud Allahyarham meninggal akibat jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, kisah Raja NoorJan mendapat perhatian ramai khusus rakyat negeri Melaka apabila tampil mengemukakan tuntutan sebagai sultan Melaka namun tuntutan beliau tidak pernah dilayan.

Ia termasuk mengemukakan ‘surat pengiktirafan’ Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tetapi surat itu terbukti palsu yang membawa kepada penangkapan beliau.

Pemerintahan Kesultanan Melaka telah berakhir kira-kira lima dekad yang lepas, namun negeri bersejarah itu sering menjadi idaman beberapa pihak yang mendakwa pewaris takhta dan berminat untuk ‘menghidupkan’ semula kesultanan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here