Air Selangor: 1,227 kawasan pulih sepenuhnya

0
3

SEHINGGA jam 12.30 tengah hari tadi sebanyak 65 kawasan masih dalam proses pemulihan air di empat lokasi iaitu Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, secara keseluruhan 94.97 peratus daripada 1,227 kawasan yang terbabit dengan gangguan bekalan air yang tidak berjadual itu sudah pulih sepenuhnya.

“Sebanyak satu Kawasan iaitu Kampung Segambut Tengah masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalm kumpulan satu yang sepatutnya pulih jam 12 tengah malam, 7 September.

“Sebanyak 13 kawasan yang berada dalam kawasan dua masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada jam 12.00 tengah malam, 8 September,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah Kuala Selangor (100 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Kuala Langat (100 peratus), Petaling (97.37 peratus), Gombak (98.18 peratus), Klang/Shah Alam (80.79 peratus), dan Kuala Lumpur (92.71 peratus). – Malaysiapost