Seorang Adun belum divaksin, sidang DUN Perak diteruskan

0
2

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos ini diteruskan, walaupun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata setakat ini pihaknya belum menerima jawapan Adun berkenaan mengapa belum menerima vaksin menjelang sidang DUN tersebut, lapor Utusan Malaysia.

“Setakat ini ada seorang. Adun yang mana, itu kita akan beritahu kemudian. Beliau masih tidak bagi jawapan kepada saya, dia sahaja yang tahu (mengapa tidak ambil vaksin),” katanya.

Beliau ditemui selepas penyerahan hak milik dan Notis 5A melibatkan 26 Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan 12 Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) di seluruh negeri secara maya hari ini.

Saarani berkata, berikutan itu pihaknya akan mengambil langkah dengan menempatkan Adun tersebut dalam sebuah bilik khas semasa sesi sidang DUN berlangsung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here