Kes Covid-19 di Malaysia hampiri 1.5 juta

0
4
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KES harian Covid-19 terus melonjak dan menghampiri angka 23,000 dengan 22,948 kes baharu dicatatkan hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini sebanyak 1,489,460 kes.

Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 7,175 diikuti Sabah dengan 2,538 kes, Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526) dan Kuala Lumpur (1,439).

Sementara Perak mencatatkan 1,229 kes, Kelantan (1,271), Sarawak (652), Melaka (737) dan Pahang (736).

Jangkitan di Terengganu pula 621 kes, Negeri Sembilan (556), Putrajaya (26), Perlis (42), Putrajaya (26) Labuan (9).

Kes baharu Covid-19 menunjukkan trend peningkatan ketara dengan 22,242 kes semalam berbanding 19,631 kelmarin.
– Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here