Ebit Lew disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam keterangan percakapan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ebit Lew.

Rakaman percakap dilakukan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan terhadap pendakwah terbabit dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“PDRM memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu Ebit dilaporkan hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan gangguan seksual.

Ketika ditemui media selepas selesai memberi keterangan, beliau memaklumkan menyerahkan siasatan kes kepada polis serta menyifatkan dakwaan yang dihadapinya adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here