Sidang DUN Sabah tangguh ke bulan depan

0
2
KOTA KINABALU, 3 Mac -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya ketika sidang media di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini. Beliau mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebatik Hassan A Gani Pg Amir kekal seorang ADUN bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kadzim berkata ini kerana surat letak jawatan ADUN Sebatik dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam tidak efektif kerana ditandatangani terlebih dahulu dan tidak menyatakan sebarang tarikh. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KOTA KINABALU, March 3 -- Sabah State Assembly Speaker Datuk Kadzim M Yahya during a press conference at Sabah State Legislative Assembly today. He confirmed that Sebatik assemblyman Hassan A Gani Pg Amir remains as an independent assemblyman who supports the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government in the state. Kadzim said this was because his (Hassan's) resignation letter that was submitted by Parti Warisan Sabah (Warisan) yesterday was ineffective as it was pre-signed and undated. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual berlangsung tiga hari bermula Selasa depan, ditangguhkan kepada 21 hingga 23 September ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya menerusi kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, satu Warta Kerajaan bertarikh 17 Ogos sudah dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong bagi memaklumkan perubahan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan warta tersebut, penangguhan dibuat mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk persidangan DUN diadakan minggu depan.

Awal bulan ini, Kadzim mengumumkan sidang DUN Sabah akan diadakan pada 24 hingga 26 Ogos, bermula dengan upacara pembukaan oleh Yang di-Pertua Negeri.

Kali terakhir DUN Sabah bersidang ialah pada Disember tahun lalu iaitu ketika pembentangan Belanjawan Negeri 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here