Had solat di masjid, surau Labuan dibenarkan separuh kapasiti esok

0
2
Seramai 50 jemaah dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dengan mengikut SOP di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur hari ini. Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula hari ini termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

HAD jemaah solat di masjid dan surau di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 di Labuan diperluaskan kepada separuh kapasiti sebenar bagi solat Jumaat.

Manakala separuh kapasiti dewan solat utama bagi solat fardu, serta tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan di kawasan PPN Fasa 1 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong serta selaras situasi terkini PPN berfasa, dan akan berkuat kuasa esok.

Katanya, bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua masjid zon, masjid kariah, surau Jumaat dan surau diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan separuh kapasiti sebenar.

“Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.

“Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran separuh kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, bilangan had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kawasan PPN Fasa 1 bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah kekal sebagaimana ketetapan sebelum ini.

“Bagaimanapun tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan tidak melebihi 30 minit.

“Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan memberikan keutamaan kepada jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.

” Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoal agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here