SEGALANYA belum berakhir dan disahkan kerana hari ini bukan hari Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.
Demikian kata bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman, dipercayai berkaitan 114 Ahli Parlimen yang dipanggil ke Istana Negara hari ini.
“Hari ini bukan hari angkat sumpah. Maka garisan penamat belum kelihatan. Soo… Jom makan-makan,” tulisnya ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu hari ini, sebahagian Ahli Parlimen tiba di Istana Negara dipercayai berhubung pelantikan Perdana Menteri kesembilan.
Kesemua Ahli Parlimen itu dipercayai menyokong Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu. – Malaysiapost

