TNB tawar insentif Sinaran Merdeka bermula 1 Ogos

0
2

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menawarkan Insentif Sinaran Merdeka, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun bermula 1 Ogos hingga 15 September ini.

Menurut TNB dalam satu kenyataan, insentif itu bagi menggalakkan pengguna komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan.

“Insentif yang diberikan sejak tahun 2000 ini ditawarkan kepada semua pengguna di bawah tarif perdagangan (tariff B, C1 dan C2) yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2020), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2021.

“Ia melibatkan pengguna komersial seperti bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel dan stesen minyak.

“Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (mengikut kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2021,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, manfaat insentif khas ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan Oktober 2021 yang akan dipaparkan sebagai ‘Diskaun Karnival’.

“Promosi ini bermula pada 1 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021.

“Pelanggan boleh memohon secara online melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here