Tubuh Kerajaan Perpaduan bukan Kerajaan Proksi – Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap kerajaan baharu yang dibentuk adalah Kerajaan Perpaduan dan bukannya kerajaan proksi.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Perdana Menteri baharu membentuk Kerajaan Perpaduan bagi mengurangkan ‘politiking’.

“Jam 4 petang (hari ini) adalah dateline untuk semua Ahli Parlimen tentukan bakal Perdana Menteri baru. Kita menjunjung kasih kepada Agong kerana guna cara yang tertib untuk menangani krisis politik dan pandemik.

“Tuanku guna kaedah demokratik. MP diminta tentukan calon PM baru dan diabsahkan di Parlimen,” katanya dalam hantaran Facebook.

Sehubungan itu, Mohd Puad berkata, maka adalah tanggungjawab pihak berkaitan untuk memastikan kerajaan yang terbentuk terhindar daripada proksi.

“Tuanku menitahkan supaya Perdana Menteri baru bentuk kerajaan perpaduan. Tujuannya untuk kurangkan politiking. Semua parti dipertanggungjawabkan dan akan dilibatkan.

“Maka jangan jadikan kerajaan baru ini kerajaan proksi. Ada tangan tangan ghaib di belakangnya. Tak payahlah cadangan Menteri Mentor itu.

“Kita tidak mahu imej Kerajaan PN 2.0. Betul betul baru dan perpaduan,” katanya.

Semalam, media melaporkan semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang hari ini untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here