525,111 pemberian vaksin Covid-19 semalam

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SEBANYAK 525,111 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 28,837,742 dos.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 501,776 dos dilaporkan pada 16 Ogos 2021.

Menurut perkongsian infografik Vaksin Covid-19 di Twitter, jumlah penerima dos pertama ialah 17,437,286 individu dan daripada jumlah itu, 11,400,456
individu telah terima dos kedua.

Mengikut peratusan, 74.5 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 48.7 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka.

Manakala, seramai 184,972 individu menerima dos pertama dan 340,139 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Sementara itu berdasarkan infografik yang dikongsi, Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksin tertinggi setakat ini 6,530,570 penerima dos pertama dan 4,388,039 penerima lengkap dua dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here