“Maaf atas segala kekurangan” – Azmin

0
2

KETUA Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memohon maaf atas segala kekurangannya sepanjang menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata adalah niat utamanya untuk menangani masalah ekonomi dan menjamin pekerjaan rakyat, namun masih ramai yang terkesan dan menderita akibat pandemik Covid-19.

“Walaupun ekonomi pulih, banyak yang menderita selama wabak global yang kejam ini melanda.

“Saya mohon maaf atas segala kekurangan saya. Satu penghormatan terhadap saya dapat berkhidmat untuk anda semua,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau menjadi antara menteri yang dikecam teruk pelbagai pihak dan didakwa menjadi punca kes Covid-19 semakin meningkat susulan membenarkan sektor industri beroperasi walaupun ketika penutupan penuh atau total lockdown dilaksanakan.

Terdahulu semua menteri Kabinet kerajaan PN menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here