Kes harian Covid-19 turun lima hari berturut-turut

0
2

KES harian Covid-19 sedikit menurun hari ini dengan 19,740 kes dilaporkan menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah 1,424,639 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan 5,706 kes baharu (518,360 kes kumulatif).

Terdapat beberapa negeri masih mencatatkan lebih 1,000 kes baharu iaitu Sabah 1,728 kes (106,830 kes kumulatif), Kedah 1,592 kes (70,224 kes kumulatif), Sarawak 1,566 kes (88,572 kes kumulatif) dan Johor 1,510 kes (112,355 kes kumulatif).

Selain itu Kuala Lumpur 1,360 kes (155,859 kes kumulatif), Pulau Pinang 1,251 kes (61,562 kes kumulatif), Kelantan 1,227 kes (58,343 kes kumulatif) dan Melaka 1,120 kes (40,647 kes kumulatif).

Sementara itu, Perak merekodkan 938 kes baharu (51,520 kes kumulatif), Terengganu 688 kes (25,004 kes kumulatif), Pahang 646 kes (34,420 kes kumulatif), Negeri Sembilan 343 kes (85,212 kes kumulatif).

Putrajaya dengan 43 kes (4,924 kes kumulatif), Perlis 20 kes (1,062 kes kumulatif) dan Labuan hanya dua kes baharu (9,745 kes kumulatif).

Malaysia mencatatkan trend penurunan kes harian lima hari berturut-turut sejak jumlah tertinggi direkodkan pada 12 Ogos lalu iaitu 21,668 kes, dengan diikuti 21,468 kes (13 Ogos 2021), 20,670 kes (14 Ogos 2021) dan 20,546 kes (15 Ogos 2021). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here