Semoga Allah berkati kita semua – Hishammuddin

0
2

DATUK Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan peluang berkhidmat kepada rakyat dan negara adalah suatu penghormatan.

“Adalah suatu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara tercinta dan rakyatnya.

“Semoga Allah SWT memberkati kita semua,” ciap Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi Twitter sebentar tadi.

Di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sebelum diangkat sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada 7 Julai lalu.

Terdahulu hari ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan Kabinet kerajaan PN telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here