Muhyiddin menuju ke Istana Negara

0
2
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba kira-kira pukul 12.43 tengah hari di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan bangunan Perdana Putra sebentar tadi selepas lebih tiga jam berada di pejabatnya mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya.

Muhyiddin dijadual menghadap yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung peletakan jawatannya.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selain itu, Menteri Pendidikan (Menteri Kanan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan media susulan kemelut politik negara.

Semalam, media melaporkan, Muhyiddin dijangka meletakkan jawatan hari ini selepas mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet kira-kira jam 10 pagi tadi.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini

Beliau berkata keputusan diambil Perdana Menteri itu adalah di antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada Bersatu dengan Muhyiddin di Publika, Kuala Lumpur, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here