5 lokaliti di Sabah antara dikenakan PKPD

0
2

KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah, Terengganu, Kelantan dan Perak bermula 17 hingga 30 Ogos.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata ia setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Empat lokaliti di Kota Belud, Sabah dikenakan PKPD adalah Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur, dan Kampung Tambulaung.

Diikuti Taman Megah Jaya (Lorong Megah 2, 3, 9 dan 10) di Tawau juga dikenakan PKPD bermula 17 Ogos.

Sementara di Terengganu, lokaliti yang dikenakan PKPD adalah Kampung Bukit Cina Mukim Pasir Akar di Besut.

Lokaliti di Kelantan yang dikenakan PKPD selama 14 hari adalah Kampung Lela Jasa Mukim Olak Jeram di Kuala Krai.

Manakala di Perak, tapak bina Spanish Garden di Kinta dikenakan PKPD. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here