
KES harian Covid-19 di Malaysia masih melepasi angka 20,000 apabila merekodkan 20,679 jangkitan hari ini, menjadikan keseluruhan kes terus melonjak kepada 1,384,353 kes.
Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor hari ini mencatatkan 6,606 kes baharu menjadikan keseluruhan kes di negeri itu kini melepasi setengah juta iaitu 505,347.
Kuala Lumpur pula mencatatkan 2,028 kes baharu, diikuti Johor (1,427), Kedah (1,796), Sabah (1,752), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,370) dan Perak (1,003).
Negeri-negeri di bawah 1,000 kes ialah Negeri Sembilan (727), Melaka (521), Sarawak (725), Terengganu (560), Pahang (794), Putrajaya (51), Perlis (61) dan Labuan tiada kes terbaharu. – Malaysiapost
