UAE sumbang sejuta dos vaksin kepada Malaysia

0
3

MALAYSIA bakal menerima sejuta dos vaksin yang disumbangkan secara percuma oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE) tidak lama lagi.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini bukanlah kali pertama UAE menghulurkan sumbangan kepada Malaysia.

Ini kerana katanya pada tahun lalu, negara itu menyumbang lebih tujuh tan kelengkapan perubatan kepada Malaysia dalam usaha melawan Covid-19.

“Hubungan akrab Malaysia-UAE terus membawa manfaat bermakna terhadap usaha menangani cabaran pandemik Covid-19.

“Negara kita bakal menerima sejuta dos vaksin secara percuma sumbangan UAE – syukur Alhamdulillah,” katanya dalam hantaran Facebook, pagi ini.

Hishammuddin berkata, beliau bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat mengucapkan terima kasih kepada Putera Abdullah Bin Zayed Al-Nahyan dan kerajaan UAE atas sumbangan tersebut.

“Bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat, Yang Mulia Putera Abdullah Bin Zayed Al-Nahyan dan kerajaan UAE!

“Keprihatinan yang sangat dihargai Malaysia,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here