Agong tentukan siapa ada majoriti, bukan Muhyiddin

0
3

PERKARA yang menentukan siapa memiliki majoriti selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan ialah tugas Yang di-Pertuan Agong, bukan Perdana Menteri itu sendiri.

Ia ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail susulan Muhyiddin enggan meletakkan jawatan dengan alasan tiada mana-mana Ahli Dewan Rakyat memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Maksud di sebalik perutusan Muhyiddin, mengaku tak cukup majoriti tetapi mahu kekal sebagai Perdana Menteri.

“Percaya sepertimana dia boleh pegang Ahli Parlimen dalam kerajaan dengan umpan jawatan dan habuan, dia fikir Ahli Parlimen pembangkang juga boleh diumpan serupa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Saifuddin berkata ucapan Muhyiddin juga memberi gambaran kerajaan “Melayu Islam” yang di dalamnya PAS, Bersatu dan sebahagian Umno bakal runtuh dan cuba diselamatkan sekalipun jika perlu dengan sokongan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Muhyiddin menegaskan ketika ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here