3 anggota dipercayai maut, satu cedera tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan

0
2

SEKURANG-KURANG tiga anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dipercayai maut dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7.15 pagi tadi di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

Astro Awani yang memetik sumber memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal itu.

Sementara itu, TUDM dalam kenyataan mengesahkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat anggotanya hari ini.

TUDM dalam kenyataan, memaklumkan insiden tembakan itu berlaku kira-kira jam 7.15 pagi di unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

“TUDM mengesahkan berlaku satu insiden kejadian tembakan membabitkan empat warga TUDM.

“Insiden berlaku pada 13 Ogos 2021 pada lebih kurang jam 7.15 pagi di unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak ketika waktu anggota bertugas,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, TUDM akan menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan polsi selesai.

“Seterusnya, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here