PM: Perjumpaan ketua parti PN hanya pertemuan biasa

0
3

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pertemuan khas bersama ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) semalam hanya pertemuan biasa.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam di Perdana Putra di Putrajaya.

“Pertemuan biasa sahaja, pasal sudah lama tak jumpa, elok la jumpa,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau ditemui pemberita selepas berkunjung ke kediaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

Terdahulu, Muhyiddin yang mengadakan lawatan kerja ke Terengganu turut melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Ditanya mengenai kunjungannya ke rumah Abdul Hadi, beliau memaklumkan mahu menziarahi Ahli Parlimen Marang itu.

“Kita tahu Tok Guru Haji Hadi tak berapa sihat tetapi saya diberitahu MB (Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) ketika jumpa tadi sudah semakin sihat.

“Saya ada jumpa masa di hospital hari itu dan mudah-mudahan beliau bertambah sihat (dan) dapat menjalankan tugas untuk parti dan juga negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here