Polis siasat dakwaan EXCO Kedah langgar SOP

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS membuka kertas siasatan berhubung seorang EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Alor Setar, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian yang turut melibatkan beberapa individu lain itu, selepas gambar mereka tular di laman sosial semalam.

Beliau berkata, gambar berkenaan tular di media sosial yang mengundang pelbagai persepsi dan komen negatif netizen.

“Satu siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Polis meminta mana-mana individu yang dapat membantu siasatan atau mempunyai maklumat mengenai perkara itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 017-4218685,” katanya.

Semalam, tular di Facebook sekeping gambar yang memaparkan seorang ADUN bersama beberapa individu lain yang sedang minum teh dan makan roti jala semeja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here