PMO nafi PM bermesyuarat dengan SPR hari ini

0
3

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) menafikan kononnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya Plilihan Raya (SPR) hari ini.

Menurutnya, kenyataan yang tular hari ini adalah palsu dan tiada mesyuarat antara SPR dan Perdana Menteri membincangkan perihal mengadakan Pilhan Raya Umum (PRU) dalam keadaan pandemik Covid-19.

Terdahulu tular kenyataan PMO hari ini di media sosial kononnya kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan dikemukakan SPR berkaitan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Suhu politik negara kembali panas, susulan spekulasi kononnya Muhyiddin dinasihati oleh Yang di-Pertuan Agong agar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Ini susulan Muhyiddin didakwa telah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen susulan tindakan Umno yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here