Lagi kesesakan warga asing di PPV

0
2

HARI ini tular sekali lagi video memaparkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang sesak, dipercayai melibatkan warga asing yang beratur tanpa penjarakan fizikal.

Mereka dipercayai menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

Video kesesakan itu dikongsi pengguna Twitter Surirumah Sepenuh Masa @_loveshak, menunjukkan orang ramai dipercayai warga asing beratur panjang dalam keadaan berhimpit tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang sesak, dipercayai melibatkan warga asing yang beratur tanpa penjarakan fizikal.

Di dalam rakaman video itu tidak dinyatakan lokasi PPV tersebut, namun difahamkan ia berlaku di sebuah PPV di ibu negara berhampiran Hotel Grand Season.

Maklumnya, dia merakam video tersebut ketika dalam perjalanan untuk membeli sarapan di Kampung Baru, setelah melihat situasi yang disifatkannya mengecewakan.

“Walk-in vaksin macam ini ke? Ini sangat mengecewakan.. tengoklah macam mana dorang (mereka) beratur siap berpeluk.

“Nak kata duduk hutan, bangunan tinggi-tinggi. Kemudahan canggih-canggih bertaraf dunia. Hidup dua tahun dengan covid pun akal tak ada lagi. Kasihan,” ciapnya.

Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana keadaan terbabit berlaku dan mengapa pihak pengurusan membiarkan ia terjadi.

Mereka turut menyifatkan keadaan ini akan memberi risiko peningkatan jangkitan kes Covid-19.

@damiabee berkata, “Pada mulanya, saya ingat slot walk-in terhad? kalau terhad kenapa management tempat tu tak ambil initiative guna sistem nombor giliran like kalau dah full slot terus announce dekat luar suruh balik rumah.”

@hairiazwan pula menulis: “Sebab itu aku pelik betul sistem walk in ini, memang akan jadi macam ni semua nak cepat, bersesak. Padahal boleh saja dalam MySejahtera letak tarikh and waktu ikut kuota elak sesak. Lepas itu kalau warga asing macam ni, MITI ke JKJAV hadkanlah tiga bas sehari / satu syarikat sehari.”

Sebelum ini, kesesakan melibatkan warga asing turut berlaku di PPV berhampiran KLCC di ibu negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan pihaknya akan membuat pengasingan PPV bagi warganegara dan bukan warganegara bagi memudahkan kawalan terhadap orang ramai.

Katanya, inisiatif walk-in vaksinasi di Lembah Klang hanya untuk penduduk yang bermautastin di kawasan tersebut berlandaskan sasaran dan keperluan bagi melindungi mereka yang kini menjadi pusat penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here