Rasuah politik: SPRM akan bertemu seorang lagi Ahli Parlimen DAP

0
2
PUTRAJAYA, 21 Jun -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM akan menubuh satu pasukan khas bagi menyiasat semua aset-aset luar negara yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHAR.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang di Perak berhubung dakwaan ditawarkan rasuah wang dan jawatan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata setakat ini pihaknya sudah menemui tiga Ahli Parlimen daripada DAP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan tersebut.

“Akan ada seorang lagi Ahli Parlimen di Perak akan kita jumpa dan bertanya berkenaan mesej yang diterimanya itu.

“SPRM akan menjalankan siasatan dan kita akan bertemu dengannya dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Sinar Harian yang memetik sumber berkata, individu yang dimaksudkan itu ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Sumber berkata, tiga ahli Parlimen yang telah ditemui SPRM berkenaan dakwaan ditawarkan sejumlah wang dan jawatan bagi menyokong PN ialah Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), M Kula Segaran (Ipoh Barat) dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Kuching).

Sabtu lalu, M Kula Segaran yang merupakan bekas Menteri Sumber Manusia mendakwa ditawarkan jawatan sebagai menteri dan sejumlah wang supaya menukar sokongan kepada kerajaan PN.

Kula Segaran mendakwa, tawaran yang turut melibatkan ganjaran lain itu diterima melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbit setiausaha sulitnya, Jeremy Chuah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here