“Bermula malam tanpa Siti Sarah” – Shuib

0
2

“MALAM pertama tanpa Ibu #sitisarah,” ucap pelakon dan pelawak popular, Shuib Sepahtu.

Shuib yang baharu sahaja kehilangan isteri tercinta yang juga penyanyi popular, Siti Sarah Raisuddin, 37, membuat luahan sedih itu menerusi hantaran di Twitternya malam tadi.

Sementara, di Instagramnya turut memuat naik video di kubur dengan menyata kerinduan terhadap Siti Sarah.

“Rindu aku rindu #BidadariSyurgaku #SarahShuib #AllahJagaKanDia ,” tulisnya.

Susulan hantaran yang penuh emosi itu, rata-rata peminat dan juga rakan artis terus memberikan kata-kata semangat buat Shuib untuk terus cekal menempuh kehidupan.

Pemilik akaun anjelaraa berkata: “Rindu yang tiada penghujung adalah rindu pada orang yang telah tiada. Allahu, takziah dan semoga kuat.

Peminat dikenali wxnn_co berkata: “Kuat semangat Abang Shuib, InshaAllah Kak Sarah penghuni syurga. Kita doakan yang terbaik.

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira memohon doa agar Allah SWT berikan kekuatan kepada Shuib serta keluarga dan semoga Siti Sarah diletakkan di tempat terindah.

Pelakon, Azad Jasmin turut berharap Shuib terus kuatkan semangat dan Allah sentiasa ada dengan kamu.

Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi semalam selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira jam 1.20 petang semalam.

Terdahulu, Siti Sarah yang mengandung lapan bulan terpaksa melahirkan anak keempat menerusi pembedahan dalam keadaan tidak sedar pada Jumaat lalu.

Anak bongsu yang diberi nama Ayash Affan kini sedang dirawat di hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here