Tiga kes Covid-19 baharu berkaitan sidang Parlimen

0
3
Bangunan Parlimen Malaysia

TIGA lagi kes positif Covid-19 dikesan hari ini berkaitan mesyuarat khas Parlimen pada 26 hingga 29 Julai lalu menjadikan jumlah individu dijangkiti kepada 88 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes baharu itu dikesan dalam saringan membabitkan kontak rapat dengan 17 kes sudah dilaporkan sebelum ini menjadikan jumlah terkini sebanyak 20 kes.

Menurutnya kes membabitkan saringan sebelum Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing kekal dengan 60 dan lapan kes setakat ini.

Jelas Dr Noor Hisham kes dilaporkan 7 Ogos lalu itu mempunyai nilai kitaran ambang di antara 19.15 sehingga 22.27 iaitu bermaksud kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir.

“Kesemua kes mempunyai gejala ringan dan sebelum ini telah pun mendapat vaksin lengkap.

“Mereka juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri setelah pulang dari sidang Parlimen supaya tidak menjangkiti ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here